Atasi masalah nafas berbau
Saturday, 10 August 2013, 02:59 - Permalink | 0 Comments
Nak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah nafas berbau, jom ikuti tip ringkas yang disediakan khas buat kamu.
CARA MENGURANGKAN MASALAH NAFAS BERBAU
SELEPAS makan, pastikan kamu memberus dengan menyeluruh terutama di celah-celah gigi. Disarankan untuk bersugi dengan lebih kerap terutama ketika berwudhuk bagi mengurangkan masalah nafas berbau.
JANGAN lupa untuk membersihkan bahagian lidah dan gusi ketika memberus gigi kerana kawasan tersebut juga merupakan tempat pembiakan bakteria yang menjadi punca masalah tersebut.
HADKAN pengambilan makanan seperti bawang, bawang putih, keju, susu, daging dan petai kerana ia menyebabkan nafas berbau.
BANYAKKAN minum air putih untuk meneutralkan bau mulut dan meningkatkan jumlah penghasilan air liur.