Bahaya kasut tumit tinggi
Monday, 5 August 2013, 20:54 - Permalink | 0 Comments
1. TERGELIAT. Apabila memakai kasut tumit tinggi, kedudukan kaki yang tidak stabil akan menyebabkan kaki cenderung untuk tergeliat terutama pada bahagian buku lali.
2. BUNION. Benjolan yang disebabkan ibu jari kaki tertolak ke arah jari lain yang juga dipanggil hallux valgus. Ia kerap terjadi kepada mereka yang gemar memakai kasut yang ketat dan bertumit tinggi. Ini akan menyebabkan rasa tidak selesa terutama ketika memakai kasut yang bertutup di bahagian hadapan dan runcing.
3. OTOT. betis boleh menjadi pendek dan tegang. Memakai kasut tumi tinggi bagi tempoh yang lama iaitu melebihi tempoh enam bulan dan berterusan boleh mengakibatkan otot betis menjadi pendek, biarpun ketika berehat.
4. SAKIT tulang belakang. Apabila menyarung kasut tumit tinggi, berat badan akan dialihkan ke bahagian hadapan kaki dan keadaan itu menyebabkan tulang belkang tertolak. Tolakan itu berlaku bagi mengekalkan keseimbangan yang mana lama-kelamaan boleh menyebabkan sakit tulang belakang.
5. OSTEOARTRITIS. Penyelidik dari Universiti Harvard menyifatkan masalah osteoartritis ( radang sendi ) sangat berkait rapat dengan penggunaan kasut tumit tinggi. Ini kerana ia turut menjejaskan tahap kesihatan lutut terutama mereka yang mengalami masalah artritis.