Demi cantik, sakit tolak tepi !
Saturday, 3 August 2013, 18:14 - Permalink | 0 Comments
BEAUTY is pain ! Itu ungkapan lazim yang dipegang kebanyakan wanita mahupun gadis yang sanggup berbuat apa sahaja untuk tampil menawan persis model di pentas peragaan.
Lebih ekstrem, ada antara mereka yang sanggup menahan derita kerana menggunakan kasut bersaiz lebih kecil daripada ukuran asal semata-mata mahu menampakkan kaki yang lebih panjang dan seksi.
Sungguhpun ramai yang sedar kesan penggunaan kasu tumit tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan si pemakai, mereka masih memakainya dengan alasan mahu memiliki gaya tatkala mengatur langkah.
Kepelbagaian rekaan kasut tumit tinggi dari semasa ke semasa juga membuatkan mana-mana perempuan berasa sukar untuk menepis keinginan memiliki sepatu sebegitu terutama bagi mereka yang mempunyai masalah ketinggian.
Walau apa pun alasan yang diberikan, penggemar kasut tinggi harus sedar risiko seperti kecederaan pada buku lali, terseliuh, radang saraf dan otot betis menjadi pendek. Kesemua itu pasti kan sentiasa membayangi hidup mereka setiap kali menyarung kassut tumit tinggi.