Langkah pencegahan bahaya kasut tumit tinggi
Wednesday, 7 August 2013, 16:02 - Permalink | 0 Comments
1. RENDAM kaki dalam air suam untuk menghilangkan keletihan.
2. DUDUK sambil melunjur kaki selama 10 minit boleh membantu memperbaiki aliran darah. Urut juga mampu melancarkan perjalanan darah, jadi lakukan dengan lebih kerap.
3. KURANGKAN kekerapan pemakaian kasut tumit tinggi. Pakai kasut tumit tinggi dan runcing untuk majlis tertentu sahaja.
4. TUKAR kasut setiap hari, sebaik-baiknya selang-seli pemakaian kasut tumit tinggi dengan kasut bertapak rata.
5. UNTUK pemakaian setiap hari, pilih kasut dengan ketinggian tumit tidak melebihi empat hinga lima sentimeter ( satu setengah hingga dua inci )
6. SETIAP saiz kasut berbeza mengikut jenis dan jenama. Jangan pilih kasut semata-mata berdasarkan yang tertulis tetapi belilah mengikut keselesaan kamu.
7. PILIH kasut yang boleh memberi sokongan dan keselesaan mengikut bentuk kaki. Terdapat kasut yang boleh membuatkan kaki kamu nampak lebih kecil tetapi ia juga mungkin membuatkan kamu tidak selesa apabila memakainya.