Tip & pantang larang kecantikan ( Part 1 )
Friday, 19 July 2013, 16:50 - Permalink | 0 Comments
Dalam dunia kecantikan, terdapat pelbagai tip
ringkas yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan
kamu seorang yang hebat!
Berikut beberapa panduan dan kaedah yang diperoleh daripada pakar kecantikan yang boleh diaplikasikan dengan bajet yang minimum.
Justeru, terpulang kepada kamu sama ada mahu memulakan langkah pertama bagi menonjolkan kecantikan yang kamu miliki dengan melakukan beberapa helah seperti berikut.
Cubalah!
Berikut beberapa panduan dan kaedah yang diperoleh daripada pakar kecantikan yang boleh diaplikasikan dengan bajet yang minimum.
Justeru, terpulang kepada kamu sama ada mahu memulakan langkah pertama bagi menonjolkan kecantikan yang kamu miliki dengan melakukan beberapa helah seperti berikut.
Cubalah!
Pantang larang dalam kecantikan, jangan sesekali tidur tanpa menanggalkan solekan terlebih dahulu. Kulit tidak dapat bernafas sekiranya kamu asyik memakai solekan. Jadi jangan merungut kalau jerawat mulai memenuhi wajahmu disebabkan sikap malas kamu sendiri.
Kecantikan tidak terhad kepada penjagaan raut wajah semata-mata. Sebaliknya, tumpukan juga pada penjagaan di bawah garis rahang seperti leher, tapak tangan dan kawasan sekeliling mata untuk mengekalkan keremajaan kulit.
Pori-pori terbuka boleh disembunyikan dengan penggunaan alat solek, tetapi perkara tersebut akan memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, gunakan penyegar ( toner ) yang bebas alkohol untuk mengecilkan liang-liang pori yang terbuka setiap kali selepas mencuci wajah.
Sabun mandi yang menghasilkan banyak buih akan menghilangkan kandungan vitamin semula jadi kult. Jadi, pilih sabun yang kaya dengan bahan pelembap tetapi kurang berbuih bagi memastikan kulit kamu sentiasa mendapat vitamin yang diperlukan setiap hari untuk kekal lembut.
Belajar untuk membezakan antara solekan siang dan malam serta acara yang mahu disertai. Kesilapan yang sering dilakukan adalah kebanyakan wanita tidak dapat membezakan warna-warna yang sesuai untuk solekan siang atau malam.
Untuk solekan siang, gunakan warna-warna cerah dan keemasan manakala solekan malam lebih gelap seperti coklat, ungu dan biru bagi menyerlahkan keanggunan kamu.