Tip & pantang larang kecantikan ( Part 3 )
Thursday, 1 August 2013, 22:19 - Permalink | 0 Comments
Jika kamu malas bersolek sekalipun, pastikan kamu tidak mengabaikan penggunaan penggaris mata. Penggaris mata mampu menaikkan seri wajah dan menzahirkan aura luar biasa untuk sesiapa sahaja yang melihat. Namun perlu diingatkan bahawa pemakainya memerlukan kesabaran dan teknik yang betul.
Bagi mendapatkan pipi bak pauh dilayang, kamu perlu menguasai kemahiran memakai pemerah pipi. Jika tidak, pemerah pipi tersebut akan berada setompok sahaja sehingga membuatkan kamu kelihatan seperti badut.
Bagi mendapatkan ton pemerah pipi yang sesuai dengan kulit kamu, bayangkan warna kulit pipi kamu sebaik selesai bersukan, Ini kerana itulah rona natural yang boleh dijadikan panduan bagi memilih pemerah pipi yang sesuai untuk kamu.
Helah untuk mendapatkan bibir mongel. Kamu boleh menggunakan penggaris bibir untuk membentuk bibir yang seksi.
Namun, pastikan kamu memilih rona penggaris bibir dan gincu yang senada agar hassilnya menjadi seperti yang diidam-idamkan.
Cubalah untuk tidak mencuci rambut kamu setiap hari walaupun memiliki rambut jnis yang berminyak. Mencuci rambut setiap hari hanya akan membuatkan rambut dan kulit kepala kamu menjadi kering.
Kulit kepala yang kering pula akan membuatkan lebih banyak minyak dihasilkan bagi menggantikan kelembapan yang hilang.
Pengambilan minuman seperti teh dan kopi akan mengubah warna kecerahan gigi yang secara tidak langsung menjejaskan senyuman kamu. Jadi, jauhi makanan atau minuman yang mampu mencacatkan penampilan kamu.