Manfaat Madu
Friday, 12 July 2013, 16:54 - Permalink | 0 Comments
Semenjak berkurun lalu, madu telah digunakan dalam dunia kecantikan wanita. Malah, dikatakan salah satu rahsia kecantikan Ratu Cleopatra adalah campuran madu dan susu yang digunakan sebagai air mandiannya.
Khasiat
madu ternyata bukan sahaja bermanfaat bagi
penjagaan kulit, tetapi juga boleh
digunakan untuk rambut dan bahagian dalaman
wanita.
PETUA KECANTIKAN
- Penggunaan madu dalam rawatan muka dipercayai dapat menanggalkan sel kulit mati selain mampu meningkatkan keanjalan, mengimbangi kulit berminyak, mengecilkan liang pori dan mengurangkan kedutan.
Caranya,
gunakan campuran putih telur dan madu
asli sebagai pupur wajah sekurang-kurangnya
dua kali seminggu.
- Gunakan campuran satu sudu teh madu dan sedikit tepung badam sebagai skrab wajah untuk menanggalkan sel kulit mati. Setelah digosok perlahan ke seluruh wajah, biarkan selama 15 minit sebelum dibersihkan dengan air suam. Campuran ini juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk melicinkan kulit.
- Kekerapan penggunaan alat pengering rambut boleh menyebabkan kekusaman rambut.
Bagi
mengatasi masalah tersebut, campurkan air
perahan lemon dan satu sudu teh madu
ke dalam semangkuk air suam dan sapu
ke seluruh rambut. Biarkan selama satu
jam dan bilas dengan lembut. Lakukan
seminggu sekali untuk mendapat hasil yang
terbaik.
- Jika mempunyai masalah bibir kering, sapu madu pada bibir agar ia bertindak sebagai pelembab semula jadi dan kemudian biarkan sehingga kering. Langkah ini dapat membantu merawat bibir kering dan merekah.
- Pengambilan madu sekali sehari juga dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan kolesterol dalam tubuh, selain mengurangkan pengeluaran lendir berbau pada vagina serta melancarkan perjalanan darah.