Tip & pantang larang kecantikan ( Part 2 )
Friday, 26 July 2013, 03:17 - Permalink | 0 Comments
Antara faktor yang menyebabkan maskara tidak rata dan sukar untuk digayakan adalah kerana ia terlalu kering atau sudah lama. Untuk itu, pastikan maskara yang digunakan ditutup dengan baik selepas digunakan untuk membantu mengekalkan kelembapan.
Gunakan skrab untuk menanggalkan kulit mati yang ada pada tubuh bagi tujuan menggantikan pertumbuhan sel kulit baharu. Bagaimanapun, kamu perlu mengehadkan penggunaan skrab sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya kulit tidak menjadi kering.
Kekurangan tidur mampu membuatkan lingkaran hitam mulai kelihatan terutama di bahagian bawah mata yang mana akan membuatkan kamu kelihatan seperi seekor panda !
Untuk itu, dapatkan tidur yang cukup untuk menjaga kesihatan kulit.
Selain itu, jangan abaikan petua-petua tradisional seperi menggunakan uncang teh, timun, tomato mahupun kentang untuk ditampal di bahagian mata bagi melancarkan kembali aliran darah.
Kuku yang bewarna kekuningan atau tidak dipotong dengan rapi akan mencacatkan penampilan diri, selain boleh menggugat keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Disebabkan itu, pastikan kamu sentiasa menjaga kebersihan kuku biarpun ia panjang.
Percaya atau tidak, kulit mampu berkomunikasi melalui cara tersendiri, Buktinya, apabila kulit kamu mulai terasa tegang dan kering, itu tandanya kamu memerlukan pelembap.
Jika kulit kamu mulai terasa kering, jangan berlengah lagi untuk menggunakan pelembap muka atau losen.